Sunday, April 17, 2011

BURGER MALAYSIA



BAHAN-BAHAN DOH:

2 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
1/2 paket mauripan/yis
1 sudu makan susu pekat manis
1/2 cawan air
secubit garam

(Timun dan salad utk hiasan)

CARA BUAT:
Bancuh air, mauripan, susu pekat dan garam dalam cawan. Biarkan kembang
Tepung dan marjerin di gaul sampai sebati.
Kemudian masukkan air bancuhan yis sedikit demi sedikit.
Uli doh sampai lembut..
(sekiranya doh lembik ,tambahkan tepung sedikit demi sedikit, sekiranya agak keras renjiskan air, sedikit demi sedikit) - keadaan doh juga bergantung pada kualiti tepung
Kemudian bentukkan doh bulat (sebesar bola pingpong)
Rehatkan Doh tersebut sehingga kembang 2x ganda.



BAHAN-BAHAN SAMBAL

Ikan bilis
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
1 sudu gula perang
Garam
2 sudu sos cili
1 susu sos tomato
(Mama gantikan sos tomato dengan asam keping utk kali ni)

CARA BUAT SAMBAL
Tumiskan hingga garing bawang merah dan bawang putih yg telah di kisar bersama.
Kemudian masukkan cili kering yg juga telah di kisar.
Tumiskan hingga betul2 garing.
Masukkan, gula perang, sos cili dan sos tomato.
Apabila sambal sudah pekat dan separuh kering, masukkan ikan bilis.

Goreng doh yg telah direhatkan. Kemudian apabila agak sejuk belah ditengah2. Oleskan sedikit marjerin.
Masukkan sambal, timun dan salad (jika suka)
Sedia utk dihidangkan.


1 comment:

Shasha Mohamed said...

Wah! Wah! Burger Malaysia... Sedapnya. Mintak sikit ;)