Thursday, April 7, 2011

PAU GORENG INTI KACANG MERAH



BAHAN2 INTI 

kacang merah - 200g
gula kerek/melaka - 2 kerek
Air 

CARA2NYA:
Rendam kacang merah beberapa jam
Kemudian rebus dengan air..
(Rebus guna rice cooker-tidak berkerak dan hangit)
Cairkan gula melaka dalam kuali dengan sedikit air
Kemudian masukkan kacang yg telah direbus
Kacau hingga betul2 kering
(Lenyek2kan kacang dengan sudip masa mengacau)


*sekiranya anda maukan tekstur yg lebih halus- boleh juga blend dulu kacang yg telah direbus
baru kacau dalam kuali





BAHAN2 PAU:
4 cawan tepung gandum
1/2 paket yis kering(direndam dengan segelas air +susu pekat manis+garam)
1 sudu margerin/mentega
1 sudu teh bikarbonat

CARA2NYA:
Ayak tepung bersama serbuk bikarbonat
Gaulkan dengan margerin/mentega sehigga betul2 sebati
Masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit ke dalam tepung
uli hingga adunan menjadi doh 



Biarkan doh selama 1/2jam
kemudian bentukkan menjadi bulat dan masukkan inti
biar doh lagi selama 15-20minit sebelum goreng


1 comment:

Diyana said...

sedap meh..bley cuba ni!;)