Showing posts with label BURGER. Show all posts
Showing posts with label BURGER. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

BURGER MALAYSIA



BAHAN-BAHAN DOH:

2 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
1/2 paket mauripan/yis
1 sudu makan susu pekat manis
1/2 cawan air
secubit garam

(Timun dan salad utk hiasan)

CARA BUAT:
Bancuh air, mauripan, susu pekat dan garam dalam cawan. Biarkan kembang
Tepung dan marjerin di gaul sampai sebati.
Kemudian masukkan air bancuhan yis sedikit demi sedikit.
Uli doh sampai lembut..
(sekiranya doh lembik ,tambahkan tepung sedikit demi sedikit, sekiranya agak keras renjiskan air, sedikit demi sedikit) - keadaan doh juga bergantung pada kualiti tepung
Kemudian bentukkan doh bulat (sebesar bola pingpong)
Rehatkan Doh tersebut sehingga kembang 2x ganda.



BAHAN-BAHAN SAMBAL

Ikan bilis
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
1 sudu gula perang
Garam
2 sudu sos cili
1 susu sos tomato
(Mama gantikan sos tomato dengan asam keping utk kali ni)

CARA BUAT SAMBAL
Tumiskan hingga garing bawang merah dan bawang putih yg telah di kisar bersama.
Kemudian masukkan cili kering yg juga telah di kisar.
Tumiskan hingga betul2 garing.
Masukkan, gula perang, sos cili dan sos tomato.
Apabila sambal sudah pekat dan separuh kering, masukkan ikan bilis.

Goreng doh yg telah direhatkan. Kemudian apabila agak sejuk belah ditengah2. Oleskan sedikit marjerin.
Masukkan sambal, timun dan salad (jika suka)
Sedia utk dihidangkan.


Saturday, April 16, 2011

BURGER LAGI


Burger for the 2nd time

Resepi daging burger sendiri
Boleh tengok dalam entry:

Monday, February 14, 2011

EILY BURGER

Skang sudah tukar yea..dari Ramly Burger ker Eily burger..hahahaha..jangan jeles.
Ni resepi buat burger ala mama...yg speselnya dagingnya mama wat sendiri. Wallah..jom Try.

Bahan perapan:
Ayam cincang ( kalau suka daging, leh guna daging cincang(minced beef/chicken)
Bawang besar yg dipotong dadu
Lada hitam (Kisar halus)
Mayonis
Yellow mustard
sedikit Garam
Sedikit gula
Sedikit tepung ubi (utk kentalkan adunan)

Semua bahan disatukan, digaul rata dan diperap seketika.

 Ayam dah diperap

 Kemudian bulat2kan adunan mengikut size roti anda.
Ketebalan mengikut citarasa.

Kemudian leperkan..dan boleh di goreng dengan planta atau minyak

Goreng sambil tekan2 yea.
 Kalau u oll ada acuan goreng telur tuh...leh guna, cantik jer nnti bentuknya.


Bahan burger:
Roti burger
bawang besar
Kobis/salad
timun 
Mayonis
sos cili

Panaskan roti yg disapu planta atas kuali. 
Then hiaskan burger dengan bawang, timun dan kobis yg dah di sagat.
Letakkan sos dan mayonis

then

Tadaa...

Hahahhaa,,,boleh plak jadi gini ek..



ok ni dia, burger versi Eily.
Burger Spesel utk papa- dagingnya balut ngan telur
Burger cheese utk mama
Burger ngan sos tomato utk Dhiya.

Kredit to puanbee.com atas resepi asalnya
Boleh klik burger ala PuanBee kat sini:


Nota kaki:
Hubby kata delicious