Showing posts with label KUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

APAM WARNA WARNI KEHIDUPAN


BAHAN-BAHAN:

2 cawan- Tepung berpenaik blue key
3/4 cawan - gula kastor
2 biji telur
1 kotak santan segera (200ml)
1 sudu teh Esen Vanilla
Secubit garam
Pewarna hijau dan merah


CARA MEMBUATNYA:

Campurkan kesemua bahan (kecuali pewarna)

pukul hingga kembang dan pekat..
Kemudian asingkan menjadi 3 bahagian
warnakan 1 bahgian merah dan 1 bahagian hijau..


Sapukan acuan apam dengan sedikit minyak
Isi bekas dengan ke3 bahgian adunan secara berselang seli
Kukus selama 20min..
(Sekiranya tiada acuan, boleh juga kukus dalam loyang selama 30-45min)

Versi dalam loyang:
(Percubaan pertama yg kureng menjadi)

 Tuang adunan secara berselang seli

 Adunan tanpa warna dituangkan di bahagian atas
kemudian buat 1 pusingan dengan ujung pisau..

Kukus selama 40min

Siap utk di hidangkan

Sedikit kurang warna..


Apam utk harijadi yg ke 29..13/4/1982
Nice..lain dari yg lain. hehe


Sudip berlaga:
Ada yg tambah ovellet utk cantikkan adunan, tapi mama x guna.

Tuesday, February 15, 2011

LEMPENG HL, KEGEMARAN DHIYA

Lempeng ini sangat gebu dan lembut.
Sesuai for kids.

Bahan2:
Tepung gandum
sebiji telur
Mentega@planta
sedikit gula
Susu HL (fresh milk)
Nestle rice cereal (ape2 cereal pun bleh  oat atau cornflake dihancurkan pun boleh)
secubit sodium bikarbonat
kismis


Cara buat:
Mentega dan telur dipukul sampai agak kembang
kemudian masukkan telur dan pukul lagi
masukkan tepung (yg telah dicampurkan dengan cereal dan sodium bikarbonat)sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu
kemudian masukkan kismis n gaul sebati
(adunan akan jadi macam bancuhan kuih bahulu)..
then bakar atas kuali dengan api perlahan

Kalau nak mebeles lagi leh wat toping ngan sos coklat@ madu..sedappppp!!!!

Nota kaki:
Resepi ni terhasil masa Cereal Dhiya selalu x abis dulu. Skang ni mama tukar cereal tu ngan oat atau cornflake yg dihancurkan.