BAHAN-BAHAN:
2 cawan- Tepung berpenaik blue key
3/4 cawan - gula kastor
2 biji telur
1 kotak santan segera (200ml)
1 sudu teh Esen Vanilla
Secubit garam
Pewarna hijau dan merah
CARA MEMBUATNYA:
Campurkan kesemua bahan (kecuali pewarna)
pukul hingga kembang dan pekat..
Kemudian asingkan menjadi 3 bahagian
warnakan 1 bahgian merah dan 1 bahagian hijau..
Sapukan acuan apam dengan sedikit minyak
Isi bekas dengan ke3 bahgian adunan secara berselang seli
Kukus selama 20min..
(Sekiranya tiada acuan, boleh juga kukus dalam loyang selama 30-45min)
Versi dalam loyang:
(Percubaan pertama yg kureng menjadi)
Tuang adunan secara berselang seli
Adunan tanpa warna dituangkan di bahagian atas
kemudian buat 1 pusingan dengan ujung pisau..
Kukus selama 40min
Siap utk di hidangkan
Sedikit kurang warna..
Apam utk harijadi yg ke 29..13/4/1982
Nice..lain dari yg lain. hehe
Sudip berlaga:
Ada yg tambah ovellet utk cantikkan adunan, tapi mama x guna.
1 comment:
heheh.. nice!
Post a Comment