Showing posts with label MINUM PETANG. Show all posts
Showing posts with label MINUM PETANG. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

DONUT PANDAN







BAHAN-BAHAN

2 Cawan Tepung Gandum
1/2 paket mauripan
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu segar
1 sudu teh Garam
2 sudu Makan penuh Marjerin
1 sudu teh pewarna hijau
beberapa titik esen pandan


Gula kastor untuk hiasan

CARA-CARA
Campurkan susu segar bersama mauripan, garam, pewarna hijau dan esen pandan
kacau dan ketepikan 5-10minit


Ayak tepung gandum bersama baking powder
Kemudian gaul tepung bersama marjerin sehingga sebati
masukkan susu segar yang telah dicampur brsama mauripan tadi
sedikit demi sedikit..
Uli adunan sehingga betul2 bening
(sekiranya adunan sedikit lembik, masukkan tambahan tepung sedikit demi sedikit)
Adunan betul2 elok sekiranya tidak melekat di tangan..


ketepikan adunan dan tutup dengan kain lembap utk 10 minit.


kemudian bentuk adunan mengikut size yg digemari..
Rehatkan lagi doh utk 5-10 mini kemudian boleh digoreng dalam minyak panas..






sebelum dihidangkan, salut dengan gula kastor.

Wednesday, June 29, 2011

FISH CHIPS



BAHAN-BAHAN:

FISH CAKE

TEPUNG BERAS
AIR
GARAM
KUNYIT
SEDIKIT AIR KAPUR

CARA-CARANYA:

Potong fish cake nipis-nipis
(lagi nipis, lagi rangup dan sedap)

Bancuh tepung beras bersama air, garam, kunyit dan sedkit air kapur.
(bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair)

Celupkan fish cake dalam bacuhan tepung dah goreng garing-garing 
Pastikan minyak cukup panas dan api sederhana kuat.


Sudip berlaga:
Resepi yg sangat simple dan murah

Sunday, April 17, 2011

BURGER MALAYSIA



BAHAN-BAHAN DOH:

2 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
1/2 paket mauripan/yis
1 sudu makan susu pekat manis
1/2 cawan air
secubit garam

(Timun dan salad utk hiasan)

CARA BUAT:
Bancuh air, mauripan, susu pekat dan garam dalam cawan. Biarkan kembang
Tepung dan marjerin di gaul sampai sebati.
Kemudian masukkan air bancuhan yis sedikit demi sedikit.
Uli doh sampai lembut..
(sekiranya doh lembik ,tambahkan tepung sedikit demi sedikit, sekiranya agak keras renjiskan air, sedikit demi sedikit) - keadaan doh juga bergantung pada kualiti tepung
Kemudian bentukkan doh bulat (sebesar bola pingpong)
Rehatkan Doh tersebut sehingga kembang 2x ganda.



BAHAN-BAHAN SAMBAL

Ikan bilis
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
1 sudu gula perang
Garam
2 sudu sos cili
1 susu sos tomato
(Mama gantikan sos tomato dengan asam keping utk kali ni)

CARA BUAT SAMBAL
Tumiskan hingga garing bawang merah dan bawang putih yg telah di kisar bersama.
Kemudian masukkan cili kering yg juga telah di kisar.
Tumiskan hingga betul2 garing.
Masukkan, gula perang, sos cili dan sos tomato.
Apabila sambal sudah pekat dan separuh kering, masukkan ikan bilis.

Goreng doh yg telah direhatkan. Kemudian apabila agak sejuk belah ditengah2. Oleskan sedikit marjerin.
Masukkan sambal, timun dan salad (jika suka)
Sedia utk dihidangkan.


Thursday, April 14, 2011

APAM WARNA WARNI KEHIDUPAN


BAHAN-BAHAN:

2 cawan- Tepung berpenaik blue key
3/4 cawan - gula kastor
2 biji telur
1 kotak santan segera (200ml)
1 sudu teh Esen Vanilla
Secubit garam
Pewarna hijau dan merah


CARA MEMBUATNYA:

Campurkan kesemua bahan (kecuali pewarna)

pukul hingga kembang dan pekat..
Kemudian asingkan menjadi 3 bahagian
warnakan 1 bahgian merah dan 1 bahagian hijau..


Sapukan acuan apam dengan sedikit minyak
Isi bekas dengan ke3 bahgian adunan secara berselang seli
Kukus selama 20min..
(Sekiranya tiada acuan, boleh juga kukus dalam loyang selama 30-45min)

Versi dalam loyang:
(Percubaan pertama yg kureng menjadi)

 Tuang adunan secara berselang seli

 Adunan tanpa warna dituangkan di bahagian atas
kemudian buat 1 pusingan dengan ujung pisau..

Kukus selama 40min

Siap utk di hidangkan

Sedikit kurang warna..


Apam utk harijadi yg ke 29..13/4/1982
Nice..lain dari yg lain. hehe


Sudip berlaga:
Ada yg tambah ovellet utk cantikkan adunan, tapi mama x guna.

Thursday, April 7, 2011

PAU GORENG INTI KACANG MERAH



BAHAN2 INTI 

kacang merah - 200g
gula kerek/melaka - 2 kerek
Air 

CARA2NYA:
Rendam kacang merah beberapa jam
Kemudian rebus dengan air..
(Rebus guna rice cooker-tidak berkerak dan hangit)
Cairkan gula melaka dalam kuali dengan sedikit air
Kemudian masukkan kacang yg telah direbus
Kacau hingga betul2 kering
(Lenyek2kan kacang dengan sudip masa mengacau)


*sekiranya anda maukan tekstur yg lebih halus- boleh juga blend dulu kacang yg telah direbus
baru kacau dalam kuali





BAHAN2 PAU:
4 cawan tepung gandum
1/2 paket yis kering(direndam dengan segelas air +susu pekat manis+garam)
1 sudu margerin/mentega
1 sudu teh bikarbonat

CARA2NYA:
Ayak tepung bersama serbuk bikarbonat
Gaulkan dengan margerin/mentega sehigga betul2 sebati
Masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit ke dalam tepung
uli hingga adunan menjadi doh 



Biarkan doh selama 1/2jam
kemudian bentukkan menjadi bulat dan masukkan inti
biar doh lagi selama 15-20minit sebelum goreng


Monday, February 14, 2011

DONUT IKAN..ilham dari KFC

Aritu beli Chicken Nugget dapat free Fish Nugget. Tapi kami anak beranak xleh nak telan plak Fish nugget. tuh. Then kuar plak iklan Fish Donut KFC tu, so ilham pun timbul.hehe.

Jom try FISH DONUT ala mama:


Bahan2:
Tepung gandum
Marjerin
Mauripan
Garam
Fish nugget


 Mula2 gaulkan tepung ngan marjerin sampai sebati

 Kemudian masukkan mauripan yg dah dibancuh ngan air+garam+sedikit susu pekat
Uli adunan sampai sekata

 Kemudian masukkan fish nugget yg dah dinyahbeku.
Uli adunan sampai sebati
Kemudia bentukkan menjadi bentuk donut.
Then goreng....


Syok makan cicah ngan mayonis + serbuk kari 
Kalau ada tartar sos lagi sedap kot.

EILY BURGER

Skang sudah tukar yea..dari Ramly Burger ker Eily burger..hahahaha..jangan jeles.
Ni resepi buat burger ala mama...yg speselnya dagingnya mama wat sendiri. Wallah..jom Try.

Bahan perapan:
Ayam cincang ( kalau suka daging, leh guna daging cincang(minced beef/chicken)
Bawang besar yg dipotong dadu
Lada hitam (Kisar halus)
Mayonis
Yellow mustard
sedikit Garam
Sedikit gula
Sedikit tepung ubi (utk kentalkan adunan)

Semua bahan disatukan, digaul rata dan diperap seketika.

 Ayam dah diperap

 Kemudian bulat2kan adunan mengikut size roti anda.
Ketebalan mengikut citarasa.

Kemudian leperkan..dan boleh di goreng dengan planta atau minyak

Goreng sambil tekan2 yea.
 Kalau u oll ada acuan goreng telur tuh...leh guna, cantik jer nnti bentuknya.


Bahan burger:
Roti burger
bawang besar
Kobis/salad
timun 
Mayonis
sos cili

Panaskan roti yg disapu planta atas kuali. 
Then hiaskan burger dengan bawang, timun dan kobis yg dah di sagat.
Letakkan sos dan mayonis

then

Tadaa...

Hahahhaa,,,boleh plak jadi gini ek..



ok ni dia, burger versi Eily.
Burger Spesel utk papa- dagingnya balut ngan telur
Burger cheese utk mama
Burger ngan sos tomato utk Dhiya.

Kredit to puanbee.com atas resepi asalnya
Boleh klik burger ala PuanBee kat sini:


Nota kaki:
Hubby kata delicious

Sunday, January 23, 2011

HOMEMADE WEDGES

Kalau ada penggemar wedges KFC tuh, meh ler try buat ni..
Mudah ajer..berbaloi2 kalau cuba...

jom tengok cara2:
Memula harus ler kupas kulit kentang...
(x kan itu pun nak ajar beb)
Then potong mengikut size yg anta suka
Jangan tebal sangat tau..nnti muak plak masa nguyah
tapi sekiranya anda suka yg tebal2..terpulang ler kan.

 Pastuh, kentang2 yg siap di potong mama rendam ngan air garam dalm 1/2jam
Selain memasinkan kentang..air garam juga bertindak sebagai pencuci tau
kentang akan nampak lagi bersih dan segar..

Pastu toskan dan gaulkan ngan serbuk kunyit, serbuk kari dan sedikit gula
(mama tambah sedikit serbuk lada hitam, serbuk ketumbar+jintan)
Perap sekejap then kukus
 Kentang yg dah kukus tu boleh simpan lama tau
kalau xnak goreng leh simpan dalam peti ais

Then celup dalam putih telur
gaulkan ngan tepung goreng serbaguna

dan tadaaaaaaa

 Ni ler Wegdes utk minum petang kami
yg selebihnya leh simpan goreng esok2 plak

Masa nak makan tu, tengok dalam peti sos tousand island dah xpired
mayonis plak dah abis
so cicah sos ajer

sodapppppp

Silalah toraiiiii
x payah beli wedges 1 bag tu sampai RM9-10 
atau wedges KFC ..hehehe..

Kredit to Mrs.Fiza...
sebab mama jumpa resepi ni dari dia dan adjust sendiri2.

Friday, January 21, 2011

LEMPENG CICAH KARI

Kalau u oll buat kari ayam utk lauk tengahari, jangn lupa try buat lempeng utk cicah ngan kuah kari tu
utk minum petang. Pasti mebeles..menjilat jari gitu.


 Kari Ayam

Bahan2 buat lempeng:
Tepung gandum
Tepung beras 
(nisbahnya...kalau 1 cawan tepung beras, tepung gandum kena 2 atau 3 cawan)
sedikit garam
sedikit santan
telur sebiji
(kalau u oll guna santan kotak, kena la tambah air, kalau santan perah guna santan cair tu)

Bancuhan jangan terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
then canaikan ajer lah atas kuali...tdaaaaa..masak


Lempeng cicah kari


Sudip berlaga:
Kalau time hujan2 memang sangat ker mebeles, menjilat jari u olls.

Thursday, January 20, 2011

ROTI GORENG

U oll tau x, kalau kat Kelantan, roti goreng tu lain skit..
Kat sini org panggil pau goreng kot..

tapi arini nak cerita roti goreng yg ni:

 U oll panggil aper ek?

Bahan2 utk roti:
Roti Gardenia
Sardin
Tuna +Mayonis
Serbuk lada hitam
Bawang besar(potong dadu)
Serbuk kari
garam

CAra buat:
Roti tu buang tepinya then sapu skit planta
hancurkan ikan sardin (amik ikn shj, sos xtau) bersama tuna
dan gaulkan bersama bahan2 lain
Klim tepi roti (tekan kuat2)

then celupkan dalam tepung

Cara buat tepung:
Tepung beras +sedikit serbuk kunyit + garam+sedikit air kapur

Seterusnya goreng ler...
Hidangan petang yg ummmppphhhh...
Buat breakfasat pun sodappp

Nota kaki:
Ada org celup dalam telur kan??/ Mama x suka, xlalu rasa telur tuh. Well, ikut selera memasing