Thursday, June 30, 2011

DONUT PANDAN







BAHAN-BAHAN

2 Cawan Tepung Gandum
1/2 paket mauripan
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu segar
1 sudu teh Garam
2 sudu Makan penuh Marjerin
1 sudu teh pewarna hijau
beberapa titik esen pandan


Gula kastor untuk hiasan

CARA-CARA
Campurkan susu segar bersama mauripan, garam, pewarna hijau dan esen pandan
kacau dan ketepikan 5-10minit


Ayak tepung gandum bersama baking powder
Kemudian gaul tepung bersama marjerin sehingga sebati
masukkan susu segar yang telah dicampur brsama mauripan tadi
sedikit demi sedikit..
Uli adunan sehingga betul2 bening
(sekiranya adunan sedikit lembik, masukkan tambahan tepung sedikit demi sedikit)
Adunan betul2 elok sekiranya tidak melekat di tangan..


ketepikan adunan dan tutup dengan kain lembap utk 10 minit.


kemudian bentuk adunan mengikut size yg digemari..
Rehatkan lagi doh utk 5-10 mini kemudian boleh digoreng dalam minyak panas..






sebelum dihidangkan, salut dengan gula kastor.

Wednesday, June 29, 2011

FISH CHIPS



BAHAN-BAHAN:

FISH CAKE

TEPUNG BERAS
AIR
GARAM
KUNYIT
SEDIKIT AIR KAPUR

CARA-CARANYA:

Potong fish cake nipis-nipis
(lagi nipis, lagi rangup dan sedap)

Bancuh tepung beras bersama air, garam, kunyit dan sedkit air kapur.
(bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair)

Celupkan fish cake dalam bacuhan tepung dah goreng garing-garing 
Pastikan minyak cukup panas dan api sederhana kuat.


Sudip berlaga:
Resepi yg sangat simple dan murah

PUDING ROTI KARAMEL


BAHAN-BAHAN
1 TIN SUSU SEJAT
1 TIN AIR
KULIT ROTI
4 BIJI TELUR
2 SUDU MAKAN GULA
SEDIKIT GULA MELAKA
SEDIKIT PEWARNA HIJAU

4 SUDU GULA UTK KARAMEL

CARA-CARA;
Rendam kulit roti dengan 1 tin susu sejat selama 10min
masukkan gula, gula melaka, telur, dan air dalam rendaman tersebut.
kacau hingga rata

3/4 daripada adunan di blend hingga halus.
Manakala bakinya diwarnakan hijau

Dalam loyang, cairkan 4 sudu gula hingga perang. kemudian sejukkan.

Panaskan kukusan, kemudian masukkan loyang yg mengndungi gula hangus.
(pastikan gula hangus betul2 beku sebelum tu)

Kemudian, masukkan adunan yg di blend.
Akhir sekali masukkan, adunan yg di warnakan hijau secara perlahan2, 
sedikit demi sedikit...

kukus selam 45 min..



Sudip berlaga:
sangat enak di makan sejuk...
boleh dihias dengan topping coklat sos

Sunday, June 19, 2011

APAM COKLAT PISANG


APAM COKLAT PISANG

BAHAN-BAHAN

2 Cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Semua bahan diayak bersama)

1 Cawan pisang emas yg telah dilenyek
1 sudu makan nescafe 
1 sudu teh garam
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula perang halus
2 biji telur

CARA-CARA
Satukan semua bahan
Pukul sehingga semua bahan kembang dan pekat
Kukus lebih kurang 20min.

NASI KUKUS AYAM BEREMPAH


BAHAN-BAHAN UNTUK NASI
2 Cawan beras panjang
2 cawan air



Basuh beras dan rendam semalaman
Kemudian masukkan dalam loyang bersama air
kemudian kukus





BAHAN-BAHAN UNTUK PERAPAN AYAM


BAHAN A
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup

Ketumbar dan Jintas manis
(Digoreng tanpa minyak hingga garing)


BAHAN B
1 sudu sunquick oren
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar tepung goreng ayam
Sedikit garam

Bahan A ditumbuk sehingga lumat
Kemudian gaulkan bersama ayam
masukkan Bahan B
Dah gaul lagi sehingga sebati bersama ayam

Perapkan utk beberapa jam.
Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yg banyak
supaya ayam masak dengan sekata


Ayam goreng Berempah


Hidangkan bersama Kari, Sambal belacan dan Ulaman.

SAMBAL BELACAN'
2 batang cili merah
4 batang cili padi
sedikit nenas/tomato
belacan ( dibakar sedikit)
sedikit gula + garam

*Nenas boleh juga digntikan dengan sedikit cuka

Monday, May 9, 2011

BUBUR BUTIR NANGKA


BAHAN-BAHAN:
TEPUNG PULUT
AIR KAPUR (SEDIKIT)
GARAM SECUBIT
PEWARNA HIJAU@AIR PANDAN

SANTAN
GULA MELAKA/GULA KEREK (2 KEREK)
HALBA
HALIA (DI MAYANG HALUS)
BAWANG MERAH 2 ULAS (MAYANG HALUS)
SEDIKIT GULA PASIR
DAUN PANDAN

CARA-CARA
Tepung pulut di bancuh dengan air, air kapur dan garam..
gaul dan uli adunan hingga sebati dan kental
(adunan mestilah tidak melekat di tangan)

kemudian gentelkan dan masukkan dalam air rebusan yg sedia mendidih
apabila timbul bermakna tepung anda telah masak dan keluarkan, kemudian masukkan dalam bekas berisi air..(supaya ia tidak melekat)


utk sediakan kuahnya...
cairkan gula melaka/gula kerek dengan sedikit air dan daun pandan sehingga betul2 cair
kemudian masukkan santan
halba, halia dan bawang merah dan sedikit gula
apabila kuah sudah masak, masukkan butir nangka (tepung) yg telah di sejukkan tadi..
sedia di hidang..

MEE GORENG MAMAK


BAHAN-BAHAN:
MEE KUNING
AYAM
SAWI
LADA KERING
BAWANG PUTIH
BAWANG MERAH
HALIA
SOS CILI
SOS TOMATO
TELUR
(BOLEH TAMBAH TAUGEH, DAN TAUHU GORENG)

CARA-CARA:
TUMIS BAWANG PUTIH YG TELAH DIKETUK
MASUKKAN AYAM (TUMIS AYAM HINGGA MASAK)
MASUKKAN BAWANG MERAH +HALIA YG TELAH DIKISAR
APABILA SUDAH GARING..MASUKKAN LADA KERING KISAR
TUMIS LAGI HINGGA BETUL2 GARING..

KEMUDIAN MASUKKAN SOS CILI, SOS TOMATO, SAWI DAN MEE
GAUL HINGGA SEBATI...APABILA AGAK KERING
PECAHKAN TELUR DI TENGAH2..
KACAU BERSAMA MEE SEHINGGA MASAK..

HIASKAN DENGAN TIMUN DAN LIMAU NIPIS