Sunday, June 19, 2011

NASI KUKUS AYAM BEREMPAH


BAHAN-BAHAN UNTUK NASI
2 Cawan beras panjang
2 cawan air



Basuh beras dan rendam semalaman
Kemudian masukkan dalam loyang bersama air
kemudian kukus





BAHAN-BAHAN UNTUK PERAPAN AYAM


BAHAN A
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup

Ketumbar dan Jintas manis
(Digoreng tanpa minyak hingga garing)


BAHAN B
1 sudu sunquick oren
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar tepung goreng ayam
Sedikit garam

Bahan A ditumbuk sehingga lumat
Kemudian gaulkan bersama ayam
masukkan Bahan B
Dah gaul lagi sehingga sebati bersama ayam

Perapkan utk beberapa jam.
Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yg banyak
supaya ayam masak dengan sekata


Ayam goreng Berempah


Hidangkan bersama Kari, Sambal belacan dan Ulaman.

SAMBAL BELACAN'
2 batang cili merah
4 batang cili padi
sedikit nenas/tomato
belacan ( dibakar sedikit)
sedikit gula + garam

*Nenas boleh juga digntikan dengan sedikit cuka

Monday, May 9, 2011

BUBUR BUTIR NANGKA


BAHAN-BAHAN:
TEPUNG PULUT
AIR KAPUR (SEDIKIT)
GARAM SECUBIT
PEWARNA HIJAU@AIR PANDAN

SANTAN
GULA MELAKA/GULA KEREK (2 KEREK)
HALBA
HALIA (DI MAYANG HALUS)
BAWANG MERAH 2 ULAS (MAYANG HALUS)
SEDIKIT GULA PASIR
DAUN PANDAN

CARA-CARA
Tepung pulut di bancuh dengan air, air kapur dan garam..
gaul dan uli adunan hingga sebati dan kental
(adunan mestilah tidak melekat di tangan)

kemudian gentelkan dan masukkan dalam air rebusan yg sedia mendidih
apabila timbul bermakna tepung anda telah masak dan keluarkan, kemudian masukkan dalam bekas berisi air..(supaya ia tidak melekat)


utk sediakan kuahnya...
cairkan gula melaka/gula kerek dengan sedikit air dan daun pandan sehingga betul2 cair
kemudian masukkan santan
halba, halia dan bawang merah dan sedikit gula
apabila kuah sudah masak, masukkan butir nangka (tepung) yg telah di sejukkan tadi..
sedia di hidang..

MEE GORENG MAMAK


BAHAN-BAHAN:
MEE KUNING
AYAM
SAWI
LADA KERING
BAWANG PUTIH
BAWANG MERAH
HALIA
SOS CILI
SOS TOMATO
TELUR
(BOLEH TAMBAH TAUGEH, DAN TAUHU GORENG)

CARA-CARA:
TUMIS BAWANG PUTIH YG TELAH DIKETUK
MASUKKAN AYAM (TUMIS AYAM HINGGA MASAK)
MASUKKAN BAWANG MERAH +HALIA YG TELAH DIKISAR
APABILA SUDAH GARING..MASUKKAN LADA KERING KISAR
TUMIS LAGI HINGGA BETUL2 GARING..

KEMUDIAN MASUKKAN SOS CILI, SOS TOMATO, SAWI DAN MEE
GAUL HINGGA SEBATI...APABILA AGAK KERING
PECAHKAN TELUR DI TENGAH2..
KACAU BERSAMA MEE SEHINGGA MASAK..

HIASKAN DENGAN TIMUN DAN LIMAU NIPIS

Wednesday, April 27, 2011

AGAR-AGAR SANTAN+GULA MELAKA



BAHAN-BAHAN

1 paket agar-agar
3 cawan air
1 kotak santan
2 biji telur
2 keping gula kerek @gula melaka
Daun pandan
Secubit garam


CARA-CARA

Masak agar agar + air + gula kerek+daun pandan hingga mendidih


(telur dan santan dan secubit garam di bancuh bersama)
Bila gula betul2 hancur, masukkan santan yg telah dikacau bersama telur


masakkan seketika hingga santan masak 


kemudian sejukkan..




Senduk berlaga:
Letak dalam acuan utk lebih cantik, dalam loyang pun boleh..hehe

Sunday, April 17, 2011

BURGER MALAYSIA



BAHAN-BAHAN DOH:

2 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
1/2 paket mauripan/yis
1 sudu makan susu pekat manis
1/2 cawan air
secubit garam

(Timun dan salad utk hiasan)

CARA BUAT:
Bancuh air, mauripan, susu pekat dan garam dalam cawan. Biarkan kembang
Tepung dan marjerin di gaul sampai sebati.
Kemudian masukkan air bancuhan yis sedikit demi sedikit.
Uli doh sampai lembut..
(sekiranya doh lembik ,tambahkan tepung sedikit demi sedikit, sekiranya agak keras renjiskan air, sedikit demi sedikit) - keadaan doh juga bergantung pada kualiti tepung
Kemudian bentukkan doh bulat (sebesar bola pingpong)
Rehatkan Doh tersebut sehingga kembang 2x ganda.



BAHAN-BAHAN SAMBAL

Ikan bilis
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
1 sudu gula perang
Garam
2 sudu sos cili
1 susu sos tomato
(Mama gantikan sos tomato dengan asam keping utk kali ni)

CARA BUAT SAMBAL
Tumiskan hingga garing bawang merah dan bawang putih yg telah di kisar bersama.
Kemudian masukkan cili kering yg juga telah di kisar.
Tumiskan hingga betul2 garing.
Masukkan, gula perang, sos cili dan sos tomato.
Apabila sambal sudah pekat dan separuh kering, masukkan ikan bilis.

Goreng doh yg telah direhatkan. Kemudian apabila agak sejuk belah ditengah2. Oleskan sedikit marjerin.
Masukkan sambal, timun dan salad (jika suka)
Sedia utk dihidangkan.


Saturday, April 16, 2011

KERABU MANGGA


BAHAN-BAHAN:

Mangga muda- cincang
Tomato - potong nipis2
Bawang besar- di mayang
Kacang tanah- di tumbuk
Serai- di mayang
Cili padi- di potong
Sedikit gula
Secubit garam
Sedikit mayonis 


Campur semua bahan..gaul sampai sebati..
Sedia utk dihidangkan

BURGER LAGI


Burger for the 2nd time

Resepi daging burger sendiri
Boleh tengok dalam entry: