Saturday, April 2, 2011

PUDING MANGGA





BAHAN-BAHAN:

(Bahan Kastard)

2 cawan susu segar
4-5 sudu tepung kastard
1 gelas air
5 sudu gula

Fruit cocktail utk lapisan tengah (ditoskan airnya)

(Lapisan Jelly)
Serbuk puding Nona 

Mangga segar dan sos coklat sebagai hiasan

CARA BUAT:
Didihkan susu segar bersama gula..
Apabila sudah mendidih masukkan tepung kastard yg telah dibancug dgn segelas air
Masak sehingga betul2 pekat..

(Masukkan dalam bekas)
Kemudian taburkan fruit cocktail yg telah ditoskan airnya

Masak Serbuk puding Nona mengikut arahan di kotak.

Tuangkan perlahan2, sedikit demi sedikit ke atas kastard
Sejukkan seketika..

Apabila jelly hampir2 keras...hiaskan dengan hirisan mangga

sejukkan lagi puding...sehingga betul2 sejuk dan keras
Sos coklat di letakkan semasa menghidangkan puding

Kalau ada bekas kaca lut sinar yg leper tu lagi cantik
yg ni amat ler lambat utk sejuk sebab tebal sangat




Sudip berlaga:
Sangat mudah dan simple sebenarnya...best di makan sejuk


Lagi cerita kat entry 
http://violetgloves.blogspot.com/2011/04/puding-mangga-yumyum.html

Friday, April 1, 2011

DAGING KICAP BEREMPAH



BAHAN-BAHANNYA:

Daging lembu ( dipotong agak nipis)
Kicap
Serai - sebatang
Ketumbar, Jintan manis, Jintan pedas (di goreng garing dan dikisar)
Lada hitam- di kisar

Bawang merah
halia
Bawang putih
(kesemuanya di mayang halus)

Bawang besar
2 cawan Air
minyak utk menumis
Garam
Gula


CARA-CARA MEMBUATNYA:
Goreng daging tanpa minyak sehingga kering air..ketepikan...
Tumiskan bawang2 yg di mayang halus sehigga garing dan naik bau
Masukkan kicap, diikuti air..
Masukkan serai
Masukkan sesudu serbuk ketumbar + jintan
dan lada hitam..


Masukkan daging..biarkan seketika
kemudian masukkan gula, garam secukup rasa.


Biarkan sehingga kuah pekat dan akhir sekali masukkan bawang besar.


p/s: juga boleh di tambah tomato..



Sudip berlaga:
Serbuk ketumbar + jintan yg lebih boleh disimpan dalam peti sejuk
Juga ada di pasaraya serbuk siap...

Thursday, March 31, 2011

SERAWA DURIAN

Serawa durian kegemaran kanda..Dinda style.. :)



BAHAN-BAHAN:
(SERAWA)

Durian
Gula kerek -2 kerek
secawan air
Santan
tepung jagung - 1 susu kecil (sekiranya perlu)
Daun pandan



(PULUT)
2 cawan pulut
santan cair
secubit garam



CARA-CARA:
Cairkan gula kerek dengan secawan air..
masukkan daun pandan
biarkan sampai sedikit pekat..


Kemudian masukkan santan
Kacau sebati..
Masukkan isi durian..


Sekiranya serawa tidak begitu pekat
boleh masukkan sedikit tepung jagung


Pulut masak dengan Rice cooker biasa, so pulut masak sebati..

Senduk berlaga:
Ada yg buat serawa warna putih jer kan..guna gula pasir ajer

Tuesday, February 22, 2011

SWEET SOUR ROASTED CHICKEN


Antara lauk yg Kanda suka, dan amat senang nak masak.


Bahan2Nya:
Ayam yg telah di panggang
Bawang besar dipotong dadu
Bawang putih dicincang halus
Cili mesin
Totamo di hiris nipis atau potong 4
Cili padi
Minyak utk menumis
Sos cili Thai
Sedikit gula
sedikit garam
Air asam jawa

(4 ketul jer utk kami ber2, Dhiya makan yg panggang ni jer)

Kalau xder microwave, ayam panggang yg jual kat Pasaraya macam Tesco or Giant 
tu pun boleh guna..sama jer rasa.


Cara buat:
Tumis bawang putih sampai garing dan naik bau
Masukkan bawang besar, tumis sampai kekuningan.
Masukkan cili mesin..
Kemudian masukkan sos cili thai
bila sudah garing, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Masukkan ayam yg telah di panggang.
Last skali masukkan cili padi dan tomato..
sedia dihidangkan bersama nasi panas

Masih panas berasap nih..

Tuesday, February 15, 2011

LEMPENG HL, KEGEMARAN DHIYA

Lempeng ini sangat gebu dan lembut.
Sesuai for kids.

Bahan2:
Tepung gandum
sebiji telur
Mentega@planta
sedikit gula
Susu HL (fresh milk)
Nestle rice cereal (ape2 cereal pun bleh  oat atau cornflake dihancurkan pun boleh)
secubit sodium bikarbonat
kismis


Cara buat:
Mentega dan telur dipukul sampai agak kembang
kemudian masukkan telur dan pukul lagi
masukkan tepung (yg telah dicampurkan dengan cereal dan sodium bikarbonat)sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu
kemudian masukkan kismis n gaul sebati
(adunan akan jadi macam bancuhan kuih bahulu)..
then bakar atas kuali dengan api perlahan

Kalau nak mebeles lagi leh wat toping ngan sos coklat@ madu..sedappppp!!!!

Nota kaki:
Resepi ni terhasil masa Cereal Dhiya selalu x abis dulu. Skang ni mama tukar cereal tu ngan oat atau cornflake yg dihancurkan.

Monday, February 14, 2011

DONUT IKAN..ilham dari KFC

Aritu beli Chicken Nugget dapat free Fish Nugget. Tapi kami anak beranak xleh nak telan plak Fish nugget. tuh. Then kuar plak iklan Fish Donut KFC tu, so ilham pun timbul.hehe.

Jom try FISH DONUT ala mama:


Bahan2:
Tepung gandum
Marjerin
Mauripan
Garam
Fish nugget


 Mula2 gaulkan tepung ngan marjerin sampai sebati

 Kemudian masukkan mauripan yg dah dibancuh ngan air+garam+sedikit susu pekat
Uli adunan sampai sekata

 Kemudian masukkan fish nugget yg dah dinyahbeku.
Uli adunan sampai sebati
Kemudia bentukkan menjadi bentuk donut.
Then goreng....


Syok makan cicah ngan mayonis + serbuk kari 
Kalau ada tartar sos lagi sedap kot.

EILY BURGER

Skang sudah tukar yea..dari Ramly Burger ker Eily burger..hahahaha..jangan jeles.
Ni resepi buat burger ala mama...yg speselnya dagingnya mama wat sendiri. Wallah..jom Try.

Bahan perapan:
Ayam cincang ( kalau suka daging, leh guna daging cincang(minced beef/chicken)
Bawang besar yg dipotong dadu
Lada hitam (Kisar halus)
Mayonis
Yellow mustard
sedikit Garam
Sedikit gula
Sedikit tepung ubi (utk kentalkan adunan)

Semua bahan disatukan, digaul rata dan diperap seketika.

 Ayam dah diperap

 Kemudian bulat2kan adunan mengikut size roti anda.
Ketebalan mengikut citarasa.

Kemudian leperkan..dan boleh di goreng dengan planta atau minyak

Goreng sambil tekan2 yea.
 Kalau u oll ada acuan goreng telur tuh...leh guna, cantik jer nnti bentuknya.


Bahan burger:
Roti burger
bawang besar
Kobis/salad
timun 
Mayonis
sos cili

Panaskan roti yg disapu planta atas kuali. 
Then hiaskan burger dengan bawang, timun dan kobis yg dah di sagat.
Letakkan sos dan mayonis

then

Tadaa...

Hahahhaa,,,boleh plak jadi gini ek..



ok ni dia, burger versi Eily.
Burger Spesel utk papa- dagingnya balut ngan telur
Burger cheese utk mama
Burger ngan sos tomato utk Dhiya.

Kredit to puanbee.com atas resepi asalnya
Boleh klik burger ala PuanBee kat sini:


Nota kaki:
Hubby kata delicious